Saturday 17 May 2014

salah.repeat

Pernah tak kau menyesal? Kau dapat banyak peluang. Tapi kau sia-siakan. Bila dah terlepas, baru kau sedar. 

"Duhh, rugi aku tak buat tadi"
"Kenapa aku tak perasan"

Bila dah hilang sesuatu benda/orang, baru kita reti nak menghargai. Ibaratnya macam ni, kawan kau ke mak kau sesape la belikan kau coklat mahal ferero ke cadbury. Then, kau sedap-sedap jalan, tersepak batu, kau terjatuh dan coklat tu jatuh atas tanah. Dan kau tak sempat makan pun. Kau tau benda tu mahal tapi kau tak berhati-hati.

Kau dapat tak lesson tak seberapa ni? Lain kali, jalan tengok ada batu ke tak. 

Sunday 4 August 2013

Ailee yang awesome :D

Kalau sebut pasal Kpop je, mesti korang ingat pasal menari sambil menyanyi, sebab Kpop memang sinonim dengan imej ni. Sekarang ni, aku nak cerita pasal Ailee ni. 



Meet her - Ailee





Ailee ni mula dikenali bila dia selalu upload cover song kat dia punya Youtube channel. Dia, kemudiannya direkrut ke syarikat rakaman. Nama dia menjadi sebutan orang ramai apabila nyanyian dia dengan Wheesung oppa dalam "Singer and Trainee", lebih kurang macam Muzik-Muzik la, paling menyerlah sekali dalam rancangan tu.

Halo by Ailee
 
 
Nama Ailee ni antara disebut-sebut sebagai "The Most Anticipated 2012" disebabkan vocal power dia tuh. First time aku dengar lagu ni, macam wow je, sebab aku jarang jumpa vocal artis Korea yang power macam Ailee ni, kalau ada pun kuantiti dia tersangatlah kurang ada. Bila dia debut, lagi-lagilah ramai yang mengagumi dia, sebab vocal dia macam penyanyi yang dah lama debut.



Ailee first debut song- Heaven
 
Heaven [LIVE] by Ailee
 
I'll show you by Ailee
  
 

Sekali dengar, korang mesti terpikat dengan suara dia. Mungkin persepsi korang terhadap artis Kpop akan berubah, sebab satu dua kumpulan tak menggambarkan keseluruhan industri hiburan sesebuah negara. Dan, meminati kumpulan muzik Negara luar tak bermakna kita dah kehilangan identiti. Logik sikit, dengar 1 lagu Hindustan boleh menjadikan korang Hindustan ke ? Persepsi dan minda kita perlu dikembangkan walaupun dalam benda-benda kecik macam ni.

Lagu baru Ailee- U&I
 
Evening sky by Ailee
P.S Aku paling suka layan lagu ni sebelum tidur, layan ballad jap, hahaha.
 
 



Thursday 1 August 2013

My most favourite Korean drama

To be frank, aku ni bukan updated sangat dengan K-dramas, aku minat dengan K-things ni pun lepas pengaruh kawan aku yang minat tahap infinity dengan SuJu. Dalam banyak-banyak K-dramas, yang paling terkesan kat sukma kalbu, 49 Days.



49 Days Casts- from left, Shin In Jung, Scheduler, Song Yi Kyung, Han Kang, Shin Ji Hyun & Kang Min Ho


   Aku ni jenis tengok filem ke drama ke yang impaknya sangat kuat memang kena heboh kat orang lain, hihi. Drama ni pasal Shin Ji Hyun yang hidupnya perfect, everybody wannabe like her, kaya, anak tunggal yang sangat disayangi parent, ada kawan kamceng yang setia, dan encik tuning yang romentik. Hinggalah suatu hari ni, dia eksiden disebabkan ada kakak ni, Song Yi Kyung cuba nak commit suicide. Dan disebabkan kakak ni, Shin Ji Hyun ni berada dalam keadaan koma dan keadaan dia antara hidup dan mati. Then, muncullah si Scheduler ni, yang memastikan waktu kematian seseorang diikuti. Okayy, aku tau pelik, tapi bagi aku cerita habis dulu. Masa Shin Ji Hyun mati belum sampai lagi, sebab tu dia diberi masa 49 hari untuk dapatkan 3 titisan air mata yang merupakan tanda kasih sayang dorang ni kepada Shin Ji Hyun.

    

    Kenapa drama ni best ?
1. Banyak pengajaran yang mengajar, dan menyedarkan kita tentang kehidupan seharian kita. Firstly, kita mungkin ada kawan, tapi adakah kawan kita tu betul-betul kawan yang berada di sisi kita waktu kita susah senang ? Dalam drama ni, Shin Ji Hyun ni diperangkap oleh sahabat baik dia sendiri, Shin In Jung yang envy dengan dia yang seems to have perfect life. Tapi, walaupun kawan kita tu mungkin tinggalkan kita waktu dalam kesusahan, trust me, suatu hari nanti dia akan menyesal. Life has karma, it will turn back to you no matter what.
2. Learn to appreciate what we have today. Hari ni kita boleh bernafas, gelak sakan, tapi siapa tahu esok kita mungkin tak boleh semua tu. Belajar untuk bersyukur, dan sentiasa merendahkan diri. We are not always on the top. Shin Ji Hyun ni bila dah dalam keadaan koma, dia sedar yang banyak benda yang dia dulu mungkin tak perasan, and bila dah koma, baru dia sedar betapa semua benda tu berharga- kawan-kawan, tunang, parent. This drama taught me to not being too careless and accept people and cherish them as the way they are. 
3. Sayangi parent anda. Honestly, aku memang touching gila bila Shin Ji Hyun ni yang dah hampir berputus asa bila masa 49 hari dah nak sampai, baru 1 titisan air mata yang dapat. Dia suruh Song Yo Kyung tolak roh dia keluar bila Song Yi Kyung pergi melawat parent dia. Bayangkan korang nampak parent korang, trying to approach them, tapi dorang x perasan kehadiran korang. Pendek tak panjang jugak , korang memang kena tengok drama ni dari awal baru paham aku merepek kat sini.




Kalau aku nak cerita dari A-Z pasal drama ni, mau bengkak jari aku menekan. Pendek tak panjang jugak -This drama is totally worth to watch. Korang boleh tonton kat sini.


Holla holla !

Selepas banyak usaha nak tulis blog and sering kali takde masa, finally I made it !