| Meet her - Ailee
|
Ailee ni mula dikenali bila dia selalu upload cover song kat dia punya Youtube channel. Dia, kemudiannya direkrut ke syarikat rakaman. Nama dia menjadi sebutan orang ramai apabila nyanyian dia dengan Wheesung oppa dalam "Singer and Trainee", lebih kurang macam Muzik-Muzik la, paling menyerlah sekali dalam rancangan tu.
Halo by Ailee
Ailee first debut song- Heaven
Heaven [LIVE] by Ailee
I'll show you by Ailee
Sekali dengar, korang mesti terpikat dengan suara dia. Mungkin persepsi korang terhadap artis Kpop akan berubah, sebab satu dua kumpulan tak menggambarkan keseluruhan industri hiburan sesebuah negara. Dan, meminati kumpulan muzik Negara luar tak bermakna kita dah kehilangan identiti. Logik sikit, dengar 1 lagu Hindustan boleh menjadikan korang Hindustan ke ? Persepsi dan minda kita perlu dikembangkan walaupun dalam benda-benda kecik macam ni.
Lagu baru Ailee- U&I
Evening sky by Ailee
P.S Aku paling suka layan lagu ni sebelum tidur, layan ballad jap, hahaha.
