Sunday, 4 August 2013

Ailee yang awesome :D

Kalau sebut pasal Kpop je, mesti korang ingat pasal menari sambil menyanyi, sebab Kpop memang sinonim dengan imej ni. Sekarang ni, aku nak cerita pasal Ailee ni. 



Meet her - Ailee





Ailee ni mula dikenali bila dia selalu upload cover song kat dia punya Youtube channel. Dia, kemudiannya direkrut ke syarikat rakaman. Nama dia menjadi sebutan orang ramai apabila nyanyian dia dengan Wheesung oppa dalam "Singer and Trainee", lebih kurang macam Muzik-Muzik la, paling menyerlah sekali dalam rancangan tu.

Halo by Ailee
 
 
Nama Ailee ni antara disebut-sebut sebagai "The Most Anticipated 2012" disebabkan vocal power dia tuh. First time aku dengar lagu ni, macam wow je, sebab aku jarang jumpa vocal artis Korea yang power macam Ailee ni, kalau ada pun kuantiti dia tersangatlah kurang ada. Bila dia debut, lagi-lagilah ramai yang mengagumi dia, sebab vocal dia macam penyanyi yang dah lama debut.



Ailee first debut song- Heaven
 
Heaven [LIVE] by Ailee
 
I'll show you by Ailee
  
 

Sekali dengar, korang mesti terpikat dengan suara dia. Mungkin persepsi korang terhadap artis Kpop akan berubah, sebab satu dua kumpulan tak menggambarkan keseluruhan industri hiburan sesebuah negara. Dan, meminati kumpulan muzik Negara luar tak bermakna kita dah kehilangan identiti. Logik sikit, dengar 1 lagu Hindustan boleh menjadikan korang Hindustan ke ? Persepsi dan minda kita perlu dikembangkan walaupun dalam benda-benda kecik macam ni.

Lagu baru Ailee- U&I
 
Evening sky by Ailee
P.S Aku paling suka layan lagu ni sebelum tidur, layan ballad jap, hahaha.
 
 



No comments:

Post a Comment